Tuesday 4 February 2014

kebaikan vitamin c

Assalamualaikum...
Ramai orang tahu vitamin c memainkan peranan yang penting dalam sistem badan kita, bukan sekadar untuk kulit yang cantik..malah bermacam-macam lagi..
Fungsi dan kebaikan vitamin c untuk badan kita.:

Melawan jangkitan kuman
Vitamin c hanyalah vitamin tetapi ia di perlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan vitamin c yang mencukupi akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung.
Mengawal serangan asma dan alergi
Jika kia ni jenis yang selalu alami masalah asma dan histamin, ambillah vitamin C. Vitamin C akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko anda daripada terkena serangan yang di sebabkan alergi. Untuk asma pula, vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru daripada terjadi. Namun, perlu diingat Vitamin C bukanlah ubat di mana kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Kita perlu ambilnya secara konsisten dan sedikit demi sedikit badan kita akan jadi kuat untuk melawan serangan asma dan alergi.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Menurut kajian, jantung kita ni senang sakit jika bekalan vitamin C di dalam badan kita kurang. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia adalan punca pada serangan jantung.
Mengimbangi kesan stress
Seperti yang kita tahu, stress adalah punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan vitamin C yang cukup akan imbangi kesan stress di mana ia akan neutralkan toksin ia terhasil ketika diri sedang stress.
Mengawal penyakit Gout
Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin c boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.
Batu hempedu
Vitamin c membantu menghalang pembentukan batu hempedu.
Memelihara kesihatan mata
Vitamin C akan melindungi mata daripada terkena katarak dan gloukoma.
Panduan Mengambil Supplemen Vitamin c untuk kesan yang optimum.
  1. Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk di cerna dan lebih cepat memasuki darah.
  2. Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, anda ambil ia bersama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.
  3. Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang mempunyai ciri-ciri ‘ sustained release’ di mana vitamin C hanya akan di lepaskan jika badan kita tidak cukup vitamin C.
  4. Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat.
Produk Terbaik untuk supplemen Vitamin C adalah Vitamin C Plus Shaklee.


No comments:

Post a Comment