Monday 25 August 2014

lawan penyakit dengan buah-buahan & sayur-sayuran

Assalamualaikum semua.. hari ini akma nak kongsi sesuatu untuk anda semua...

Tahu kah anda ,dengan amalkan buah-buahan & sayur-sayuran boleh melawan penyakit ????

"Lawan pelbagai penyakit "

Pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya vitamin, mineral, serat & fitokimia yang berfungsi sebagai bahan antioksidan terbaik dipercayai mampu melawan pelbagai penyakit seperti kanser.

Fitokimia banyak terdapat dalam buah buahan & sayur-sayuran berlainan warna seperti kuning, jingga, hijau, merah, putih & ungu.

 + Buah-buahan & sayur-sayuran berwarna kuning & jingga kaya dengan beta karotena (sejenis fitokimia) yang bukan saja baik untuk kulit, tetapi agen penyembuhan untuk sebarang penyakit.

~Pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran  dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan & kesihatan mata.

~Antara buah-buahan kaya unsur ini ialah betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek & labu.




~Lobak merah - Mengandungi beta karotena & falcarinol yang membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat & payudara.


~Kunyit - Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab  keradangan & kanser seperti kanser kolon @ rektum.

+ Buah-buahan & sayur-sayuran berwarna hijau juga mengandungi beta karotena, tetapi ia sudah diselaputi satu pigmen berwarna hijau dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau pada buah-buahan & sayur-sayuran.

~ Contoh fitokimia lain ialah lutein & zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan banyak bukan saja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata.

~Antara tumbuhan berdaun hijau seperti bayam, kangkung, cekur manis, lada besar hijau, avakado, brokoli & buah kiwi.


~ Avakado - Kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser.
~Buah ini juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan. 
~ Ia juga menjadi sumber beta karotena yang baik serta berguna bagi merawat hepatitis
 (penyebab kanser hati) @ punca lain kepada kerosakan hati.


~ Brokoli , kubis & bunga kubis - Mengadungi bahan kimia indole-3-carbinol yang melawan kanser payudara dengan cara menukarkan estrogen penggalak kanser menjadi estrogen penghalang kanser.
~ Antioksidan lutein & zeaxanthin juga boleh mengurangkan risiko kanser prostat. 
~ Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yg boleh mencegah beberapa kanser seperti kolon & rektum.

+ (MERAH) Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid.
~Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung.
~ Contohnya tomato, lada besar merah, tembikai & betik.


~Cili merah - Mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) & boleh mencegah kanser perut.



~Anggur merah - mengandungi bioflavoid iaitu antioksida & yang kuat sebagai pencegah kanser, resveratol menghalang enzim yang meransang pertumbuhan sel kanser & menekan imunasi & asid ellagic iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser.
~ Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan @ terbantut.

shaklee ada mengeluarkan satu produk yang mengandungi anggur merah yang boleh mencegah kanser, In Shaa Allah..
TADAAA !!!







~ Betik - Mengandungi vitamin C sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan @ menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah @ makanan diproses.



~ Raspberi - Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser.


~ Tomato - Mengandungi lycopene (antioksidan) yang menyerap molekul oksigen bebas @ radikal bebas  yang meransang  kanser mulut.
~ Tembikai , lobak merah & cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato.

+ (BIRU & UNGU) Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins.Pengambilan  sayur-sayuran berwarna biru & ungu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser & penyakit jantung.
~ Contoh buah naga, plum, beri biru, terung & kubis bunga.


buah naga


kubis ungu


+ (PUTIH) Buah-buahan & sayur-sayuran berwarna putih seperti jambu batu, pisang, pir, bunga kobis & kubis kaya dengan fitokimia, vitamin C & kalium sebagai sumber serat.


~ Bawang putih - Mengandungi sebatian allium penggalak imunisasi (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan akiviti sel imun bagi melawan kanser &membantu menguraikan bahan penyebab kanser  dengan cara menghalang  karsinogen memasuki sel  & ini menyebabkan pertumbuhan  tumor  menjdi perlahan.
~ Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut & kolon.


shaklee ada mengeluarkan produk yang berasaskan bawang putih ini.. Boleh lah anda try,kepada yang sukar makan bawang begitu saja...




okay,sekarang kita sudah tahu serba sikit yang buah-buahan & sayur-sayuran boleh melawan pelbagai penyakit.. jom kita amalkan dalam kehidupan seharian...

"mencegah lebih baik dari mengubat"
anda mampu mengubahnya !


jika ada pertanya tentang shaklee  boleh contact saya disini..

whtsapp 017-4854182
sms 014-5170565
(akma)

















No comments:

Post a Comment