Wednesday 3 September 2014

Makanan Anti Stress

Assalamualaikum semua.. Akma ada nak share makanan boleh  jadi anti stress..hah !..nak tau lebih lanjut moh kita baca selanjutnya..

  " BOSAN boleh memicu kepada stress yang menjadi penyebab        kemurungan.
    Anda boleh menangani masalah ini dengan cara semula jadi.
    Pastikan pengambilan sumber makanan anda adalah betul "






1) Asparagus & Vitamin B

 ~ Asparagus & vitamin B kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan emosi. 
~ Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang & gembira.
~ Apabila mengalami tekanan, paras hormon kortisol dalam tubuh akan meningkatkan lalu menyebabkan tahap serotonin merosot.
~ Ambillah tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci yang dimasak sebagai sayur goreng @ sup.





2) Daging

~ Daging merupakan makanan yang terbaik untuk diambil ketika anda mengalami stres.
~ Daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood.
~ Tapi jangan ambik banyak pulok yea! Cukup sekadar satu cawan kecil daging merah.



3) Susu segar

~ Ambil susu segar bersama bijirin pada waktu pagi bagi memulakan hari yang baik tanpa stres.
~ Jumlah yang disyorkan ialah setengah cawan & tanpa gula.







4) Kacang Almond

~ Almond mengandungi vitamin E, B2, Magnesium & zink.
~ Jumlah sesuai adalah 1/3 cawan bersamaan dengan 306 kalori.

5) Tuna

~ Ia adalah hidangan makanan tengah hari yang hebat kerana kaya dengan vitamin B6.
~ Namun, jika mahu menyediakan sandwich,elak daripada mencampurkan terlalu banyak mayonis ke dalam tuna.




6)Jagung @ bertih beras

~ Sesuai sebagai minuman petang yang kaya dengan vitamin & asid folik.
~ Jumlah yang sesuai adlah satu cawan emping jagung @ dua cawan emping jagung.


Selamat mencuba,..heheh

No comments:

Post a Comment