Friday 5 September 2014

susu GRED A +++++++++++ tidak dapat dipasaran.

Assalamualaikum..& selamat malam semua..
semoga anda sihat bersama keluarga tersayang & tercinta..

Hari ini akma nak kongsi susu yang tidak boleh kita dapat dipasaran.. Susu yang ada dipasaran iaitu susu formula untuk anak kecil anda kan.. Pernah ke  anda fikir untuk bagi susu gred A ini pada anak anda, malah susu ini banyak  kebaikan & khasiat tersendiri yang tidak dapat dipasaran..


                                 "   SUSU GRED A "




Adakah anak anda minum susu Gred " A" ??

Apakah susu Gred "A" ini ???

Susu gred "A" yang saya cakap dari tadi adalah  susu ibu.. Adakah anda beri susu sendiri kepada anak anda..?? Jika tidak jawapan, anda rugi membazirkan susu yang tidak perlu mengeluarkan duit langsung.. Tetapi anda sebagai ibu,ada jawapan tersendiri mengapa anda tidak menyusukan sendiri anak anda.. Itu terpulang pada individu sendiri..

Bagi pendapat saya, tiada yang mustahil jika ibu yang diluar sana bekerja & mahu menyusukan anak anda sendiri, kemungkinan cara pemberian saja yang berbeza, anda perlu meletakkan susu didalam botol & disimpan kan di dalam peti ais. Jadi susu ini boleh disimpan,& buat stok..Boleh dibekalkan pada pengasuh anda.. Jika anda mahu beri susu anda sendiri kepada si kecil anda..

Tiada alasan ,bagi saya jika ibu tidak berkerja atau erti kata lain suri rumah sepenuh masa, Ada mempunyai banyak masa bersama si kecil anda.. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk menyusu anak anda sendiri dengan susu yang sememangnya  khasiat bagus untuk si kecil anda. Bukan itu saja, anda juga boleh memberi kasih sayang dengan menyusu anak anda sendiri & belaian ibu kepada anak.. Dengan itu, anda & juga keluarga boleh jimat kerana tidak perlu beli susu formula.


Kebanyakan para-para ibu diluar sana tidak tahu secara terperinci, kebaikan & khasiat susu ibu untuk si  kecil anda..tanpa moh kita baca dibawah ini..






Kebaikan susu ibu.

- Untuk bayi.

~ Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
* Ia mengandungi nutrien  dalam kadar mencukupi.
* Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

~ Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti :
* Asma
* Ekzema
* Kolik bayi

~ Susu ibu,terutamanya kolostrum,menguatkan sistem imuniti bayi anda.
* Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis & radang paru-paru.

~Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang bagus untuk perkembangan otak bayi.
* Boleh membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

~ Tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

~ Susu ibu tidak susah untuk disediakan.

~ Boleh memberikan peluang kepada ibu & anak untuk berinteraksi sepenuhnya & meningkatkan kasih sayang antara ibu & anak.


Untuk Ibu

1) Membantu mengecutkan rahim & mengembalikan kepada saiz yang asal dengan serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

2) Membakar kalori & mengembalikan bentuk asal anda dengan cepat.

3) Mengurangkan kanser payudara & kanser ovari.

4) Menjarakkan kelahiran, jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.


Lain kebaikan.
- Tidak memerlukan perbelanjaaan.
- Baik untuk persekitaran.
- Tidak perlu botol,tin & kotak.
- Boleh menyusu tidak kira masa.






Saya cadangkan ,jika anda mengalami masalah seperti :
~ Kekurang susu untuk si manja..

boleh mencuba set penyusuan shaklee..



hah ! tu dia untuk stok si manja anda..
kenyang tak payah habak lah..hehe






sekian..wasalam..
jika ada tersalah bahasa mohon maaf yea,saya manusia seperti anda semua..yang tidak lari membuat salah..


Berminat..contact saya disini..:
whtsapp 017-4854182
sms 014-5170565


No comments:

Post a Comment